Pengumuman



Gangguan Capaian ke Portal dan Hub Integrasi MyGDX

30 Jun 2020 - Dimaklumkan bahawa Pasukan Pusat Data Sektor Awam (PDSA) akan melaksanakan aktiviti penyelenggaraan peralatan rangkaian Pusat Data Sektor Awam (PDSA) Putrajaya bermula 3 Julai 2020; jam 6.00 petang hingga 5 Julai 2020; jam 6.00 petang. Sehubungan itu, capaian ke Portal MyGDX (https://www.mygdx.malaysia. gov.my) dan Hub Integrasi MyGDX (https://mygdx-hub.malaysia.gov.my) akan terjejas dan menyebabkan gangguan kepada integrasi data.

Kami memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi.

Sekian, terima kasih.